Saturday, May 02, 2009



Sunyi sekolah hari ini kecuali bunyi ketukan dan “chainsaw” pekerja-pekerja yang sedang membina tiga blok kuarters kakitangan sekolah. Mereka ini bagi aku sangat hebat kerana dapat membina blok tersebut di kawasan cerun dan merbahaya kerana kekurangan tanah, sama keadaannya dengan rumah panjang di atas bukit. Aku mengisi masa lapang dengan mandi di tengah-tengah Batang Rajang yang cetek dan pada malamnya memancing ikan di jelatong mengunakan umpan “chicken frank” dan buah ara tetapi hampa tiada ikan yang mahu makan umpan orang semenanjung, mungkin kalau berkahwin dengan orang sini baru ikan mahu memakan umpan agaknya.

Marah betul aku dengan para peniaga sekarang kerana bertegas mahu menaikkan harga ayam walaupun tidak dibenarkan oleh kerajaan. Yang paling teruk terjejas tentulah kami yang duduk di pedalaman, contohnya walaupun kerajaan memberikan subsidi minyak dan yang akan datang menaja sepenuhnya pengangkutan untuk barang keperluan harga barang keperluan tidak pernah turun. Yang untung daripada subsidi ialah pemborong, bayangkanlah jika simen di Sibu berharga RM17 sampai di Belaga ia mencecah lebih RM30!.

No comments: