Semua murid telah pulang ke Rumah Panjang Kejaman, Lahanan, Nyaving dan kawasan Bakun kerana kami bercuti esok. Hujan turun dengan lebatnya petang tadi di kawasan pekan Belaga namun masih belum dapat menaikkan sedikitpun Batang Rajang. Fadhly mengajak aku ke Miri dan sememangnya niat aku hendak ke utara Sarawak pada masa akan datang, tetapi adakah berbaloi untuk keluar di musim kemarau kerana kos pengangkutan dijangka akan melebihi RM300. Rasanya jika hanya setakat melawat keindahan hutan batu rasanya aku belum ke tahap itu namun jika berada di puncak gunung rasanya berbaloi dengan nilainya.
No comments:
Post a Comment