Wednesday, April 08, 2009

Suhu kadangkala mencecah 37 darjah celcius seringkali mengganggu penumpuan aku pada P&P, itu tidak termasuk kisah pekerja Bakun yang mayatnya masih belum dijumpai kerana ditarik pancingnya oleh ikan ke Batang Rajang. Mungkin rasanya suhu politik Malaysia lebih teruk kerana perebutan kuasa untuk satu kawasan parlimen dan dua kawasan adun yang kadang-kala menghalalkan cara yang sebelum ini diterjemah sebagai haram. Rasanya lebih baik yang wang yang dikeluarkan oleh pihak yang bertanding digunakan untuk membeli alat tulis kepada sekolah kawasan pedalaman. Jangan sekadar hanya bercakap akan memberi itu dan ini tetapi tindakan jangka masa pendek tidak dibuat.
-
Murid tahun 4 tidak pernah dapat menggunakan warna air seumur hidup mereka kecuali ada guru yang membelikan mereka peralatan tersebut,dan bayangkanlah mereka masih belum mempunyai kemahiran memegang berus air di tahun 4. Mereka hanya menggunakan kertas A4 yang biasa digunakan untuk mencetak dan dengan masalah kewangan yang terbeban di bahu ibu-bapa mereka hampir mustahil untuk membelikan mereka walaupun sehelai kertas lukisan!

No comments: