Suasana sangat panas tetapi masih belum mencecah 37 darjah celcius dan hujan sudah dua hari tidak turun hingga menyebabkan air dari Empangan Sg. Musi sudahpun kering kontang untuk menampung keperluan warga sekolah hingga memaksa mereka mandi di Batang Rajang. Sekarang yang tinggal hanyalah air daripada tangki biru, harapnya hujan dapat turun dengan lebat memenuhi tangki yang sudah semakin kosong. Latihan sukan untuk pelajar tahap satu tetap aku jalankan seperti biasa, dan seperti biasa murid-murid di sini sudah biasa dengan cuaca yang ekstrem. Rasanya aku pun sudah mendapat “imuniti” dengan cuaca tersebut kerana tidak lagi demam cuma masih banyak meminum air untuk menggantikan air yang banyak hilang di dalam badan. Sebagai guru PJ, secara jujurnya menjalankan latihan di sini kadang kala amat menakutkan terutama apabila melihat kesungguhan murid yang comel seperti Valentika (murid tahun satu) boleh berada di atas badan Angela (murid tahun dua) untuk merebut bola. Tetapi itulah istimewanya mereka tidak bergaduh apatahlagi mengadu dengan ibubapa mereka, jika di Seremban dahulu jika kes ini berlaku sudah tentu aku terpaksa "berbalas pantun" dengan ibubapa mereka.
No comments:
Post a Comment