Saturday, April 04, 2009

Suasana pagi yang baik di Pasar Tamu Bintulu kerana hujan lebat malam tadi, memudahkan aku untuk menawan lapangan terbang kedua selepas Kapit, ia dua kali lebih besar dari Kapit dan segala rumputnya sentiasa dipotong dengan baik dan dijadikan kawasan riadah untuk berjogging dan gelanggang bola tampar oleh penduduk di sini. Kawasan siar kaki di kawasan perumahan pun juga dikira amat baik setaraf dengan kawasan siar kaki Wangsa Maju di semenanjung.
-
Yang membuatkan aku "spoil" ialah lutut kiri sudah mula kejang akibat asid urik yang terkumpul kerana kurang latihan, namun aku dikira bernasib baik kerana dari segi kardiovaskular aku tidak menghadapi masalah untuk jarak 10 ribu meter di bawah 70 minit. Royal Hotel di sini pula mengecewakan kami kerana hanya terdapat satu siaran mandarin, ini memaksa aku mencari hotel lain iaitu di AA Inn.

No comments: