Perjalanan kami ke Bintulu menggunakan Long Menjawah dirasakan jauh lebih baik dari Belaga namun itu bukanlah alasan untuk Bad tidak muntah seperti biasa sebanyak dua kali, kerana perjalanan masih menjadikan kami musafir yang boleh menjamakkan dan mengqasarkan solat. Gaji yang tertunggak sudahpun dilangsaikan untuk menutup segala lubang yang digali sebelum ini, alhamdulillah masih banyak lagi baki. Kalau setakat untuk menikah seulan dua bulan lagi masih cukup untuk hantaran dan kenduri kecil, mungkin sudah rezeki aku di sini ataupun mungkin jodoh aku di sini juga?
No comments:
Post a Comment