Tidak tahan dengan kesakitan tulang di bahagian bahu akibat kemalangan jalan raya 6 tahun lepas memaksa aku keluar juga dari pertapaan untuk mencari “muscle release” di klinik kesihatan. Alhamdulillah aku berjaya mendapatnya itupun setelah menunggu lebih dari dua jam dan melayan makcik-makcik yang merungut kerana terpaksa menunggu sangat lama dalam bahasa yang aku sendiri tidak fahami tetapi aku membalasnya dengan anggukan menantu menjaga hati mak mentua.
_
Tebing Batang Rajang sudahpun mencecah tangga pelantar, ia sangat baik untuk penumpang bot kerana tidak perlu menggunakan jelatong yang tidak berapa stabil titi yang menghubungkannya dengan pelantar. Namun ia juga berita yang tidak baik untuk orang yang suka menjatuhkan barang di pelantar seperti aku kerana terlalu dekat dengan air. Batang Rajang sudahpun membaham Sony Ericsson aku hingga memaksa segala rakyat jelata Segaham menyelam untuk mencarinya dan seperti biasa Cikgu Hawing mahir dalam hal-hal yang sebegini.
No comments:
Post a Comment