Rindu rasanya dengan bilik air bila sudah hampir tiga minggu sudah tidak digunakan kerana musim kemarau. Selama itulah juga paip air Sg Musi di bawah rumah menjadi bilik air setia aku sambil diperhatikan oleh tetamu-tetamu di Batang Rajang. Moses masih belum menghadirkan diri rasanya sudah masuk minggu kelima, kali terakhir aku denggar berita ia masih demam pada minggu lepas. Buat pertama kalinya Cikgu Bad terlepas daripada sumpahan muntah apabila berjalan jauh, mungkin sudah tiada lagi isi perut yang dapat dikeluarkan semasa ekspedisi dari pedalaman 3 ke pedalaman 3 agaknya.
No comments:
Post a Comment