Wednesday, June 24, 2009

Lemas

Keadaan jeti Belaga pada petang Ahad lepas sejam sebelum kejadian lemas

Kelihatan ceria sedikit petang semalam kerana Cikgu Bad sudah mula boleh mengumpat dan mengenakan kami seperti biasa, itu bermakna ia telah kembali normal seperti biasa. Syukur kerana dia cuma terkena demam virus jika malaria sudah tentu huru hara pra sekolah kerana ketiadaannya yang begitu lama. Pagi yang murung hari ini kerana jenazah Cikgu Nizar telah dijumpai seberang sungai berhampiran Kampung Melayu Belaga jam 6 pagi tadi dan sudahpun dihantar ke hospital Bintulu untuk urusan bedah siasat. Mungkin jenazahnya akan di hanatar pulang ke semenanjung pada esok hari.


7 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Takziah atas pemergian teman wafi tu. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para alim ulama disyurga.

Wafi, (En. Mohd Zain) - security kat ofis lama awak ni pun telah kembali ke rahmatullah pada petang 18/6/2009 yang lalu akibat kanser paru-paru.

Pakwar said...

takziah..

Semoga rohnya dicucuri rahmat

emme~ said...

wafi..
cekgu yg meninggal tuh batch kite ke..?

Anonymous said...

sama gak aku wafi.
takziah.
ko berhati2 la lebih ckit.
al-fatihah.

Maswafi Abd Samat said...

Emma,

Cikgu Nizar sudah bekerja di SK Sg. Sampo N9 lebih 3 tahun dan minta ditukarkan di SK Abun Matu pada 2009 untuk "berubah angin".

Nizar said...

nama sama dgn aku ni..
seram plak aku..
hehe

Anonymous said...

hmmm...surfing2 tjumpa pulak blog ni.saya ex teacher di SMK Belaga..baru je pindah smjg.mmg tkejut sgt bila anak murid dari sana msg kata ada kejadian guru lemas di wharf belaga.