Friday, June 05, 2009

Semenjak berada di sini hujan tidak pernah turun memberikan kegembiraan kepada penoreh getah, ia digambarkan semasa pasar malam Selasa yang lepas dilihat begitu ramai orang membanjirinya untuk merasa makanan istimewa yang cuma dijual di pasar malam. Namun begitu cuaca panas ini tidaklah sehangat seperti di Segaham pada waktu kemarau, aku rasa pertanyaan bila “turn” aku untuk berkahwin dirasakan lebih hangat daripada cuaca di sini.

-

Pertama kali dalam sejarah Makcik Mah “desperate” menawarkan jodoh untuk aku siap ditunjukkan rupanya sewaktu aku makan di kedai Kak Ana. Dari kata-katanya ia takut aku tidak mahu pulang ke semanjung lagi, ini mesti ada yang menjadi batu api mencucuknya kalaulah aku tahu siapa orangnya sudah tentu aku belanja orang itu makan kueh tiaw kerang kerana telah mencipta sejarah. Dalam diam-diam makcik Mah juga merisik cinta pertama aku adakah ia sudah berkahwin pada Aina jiran aku yang kebetulan suaminya bersaudara dengannya. Begitulah ingatnya orang pada cinta pertama kami hingga menjadi buah mulut kedua buah keluarga yang istimewanya keluarga mereka tidak membenci aku begitu juga sebaliknya cuma kami tidak ditakdirkan dan aku sendiri belum memahami apa yang berlaku sebenarnya!.

No comments: