Friday, June 26, 2009

Kasihan makcik cleaner di PPD kerana terpaksa membersihkan tangga marmar yang berlumpur. Aku cuma mampu tersenyum bila Cikgu Philip mengatakan lumpur itu datangnya dari Segaham kerana jelas sekali kelihatan tapak kasut HItec kepunyaan aku pada lumpur tersebut. Hari ini menghadiri bengkel berkenaan Bahasa Inggeris sangat asing bagi aku kerana ia tiada kena mengena dengan aku sama ada jurusan semasa di universiti mahupun di maktab. Rasionalnya kerana ia akan menjadi pelajaran yang ketujuh akan diajar oleh aku pada tahun hadapan, mesti menitik air mata pensyarah aku jika mengetahui perkara ini.

2 comments:

Nafastari said...

Saya pernah dengar cerita-cerita begini sebelum ini. Abang saya di Tamparuli yang opsyen agama juga dipaksa mengajar bahasa Inggeris.

Maswafi Abd Samat said...

Sebenarnya kami tidak dipaksa cuma tiada pilihan kerana kekurangan guru opsyen tersebut. Kebetulan guru opsyen pj paling banyak dihantar ke pedalaman.