Thursday, July 02, 2009

Helmi yang mengajar di Subis (dalam Bahagian Miri) sudahpun membeli Hilux 2.5 minggu lepas yang merupakan kenderaan idaman aku sejak dahulu lagi selain daripada jet pejuang MIG. Nampaknya walaupun sudah agak stabil daripada segi kewangan aku belum dapat menikmati hasil duit tersebut dengan memiliki kenderaan tersebut. Ini kerana ia tidak dapat berjalan di atas air yang merupakan satu-satunya cara untuk sampai ke Segaham ia menyimpulkan bahawa duit tidak dapat membeli kenikmatan hidup. Sakit kepala yang menyerang setiap pagi sudahpun hilang hari ini mungkin kerana kekurangan oksigen akibat cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Bekalan air Sg Musi sudah kembali ke dapur rumah seperti biasa memudahkan segala urusan memasak termasuk urusan nature call tidak seperti dua bulan sebelum ini terpaksa kreatif mencari sumber air.

-

Untuk fasa kedua 2009 aku diarah untuk membimbing murid galus (antara gagal dan lulus) yang kebanyakannya merangkak-rangkak untuk membaca lulus dalam UPSR di dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Matlamat aku cuma memberikan mereka lulus sahaja dengan menggunakan beberapa kaedah. Ia merangkumi asas hukum tatabahasa, ini kerana jika pelajar membuat kesalahan tatabahasa seperti huruf kecil pada permulaan ayat dan tidak meletakkan tanda titik pada penutup ayat tiada markah akan diberi. Juga memberi panduan ayat yang mudah seperti “Ali membaca buku” berdasarkan gambar walaupun cuma dapat memberikan markah cukup makan tetapi banyak membantu mereka untuk lulus.

4 comments:

Pakwar said...

tahniah Mas... selepas ini anda akan jauh lebih ke hadapan dengan pengalaman yang sebegini

rlan said...

mekasih link kan blog wa, bravo chap ayam

Maswafi Abd Samat said...

Pak War,

Kadang-kadang terkejut juga dengan pendedahan bekerja di Sarawak terlampau banyak, syukur...

Tuan Presiden,

Bravo!!! Semoga Chap Ayam terus maju tanpa tekanan.

Nafastari said...

Sekarang saya berasa sangat menyesal lama tidak membuka blog kamu. Sudah banyak cerita meninggalkan saya. Apa pun saya sangat kagum pada anda, kerja anda sekarang serta lokasi anda sekarang. Semoga Tuhan sentiasa memudahkan urusan anda.