Wednesday, July 08, 2009

Selain daripada rengit (agas) yang sangat-sangat banyak, penyengat seperti lebah juga banyak di sini. Bengong sekejap aku bila di sengat sewaktu mengajar di padang dan di kawasan sekolah mengawasi murid semalam dan bisanya masih lagi terasa di kaki. Polisi insuran yang dihantar oleh Radin pada 1 Julai 2009 selamat tiba semalam yang merupakan rekod terbaik setakat ini menggunakan pos biasa yang kadang kala berlanjutan hingga sebulan jika musim kemarau. Rasanya aku lebih suka musim hujan kerana banyak aktiviti dapat bergerak dengan baik kerana air adalah pengangkutan utama di sini.
-
Cuma masalahnya ialah akan cepat merosakkan kasut sukan yang aku pakai walaupun daripada jenama yang mahal. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan kerana dua daripada tujuh anak murid aku demam, dan ia digantikan dengan Pendidikan Kesihatan. Jika diteruskan ia tidak dapat membawa kesan yang maksimum kerana hanya empat orang yang boleh bermain dengan baik manakala seorang lagi (Moses) cuma melihat bola lalu dihadapannya tanpa berbuat apa-apa.

1 comment:

Pakwar said...

rengit di waktu siang dan beringin di waktu malam menjadi kenangan pahit di Belaga