Monday, February 15, 2010

Jalan ke Brunei-Limbang

Miri, seawal 8.00 pagi lagi aku dan Cikgu Bad sudah mencari teksi untuk ke perhentian bas ke Brunei, setelah di sembelih RM10.00 kami dihantar ke stesen bas (bersebelahan bangunan Pelita Tuanku) yang terletak kira-kira 700 meter dari hotel penginapan. Kami mengambil bas Miri ke Belait (bas cap ayam tanpa penghawa dingin) dengan kos RM7.50 dari Miri ke Sg Tujoh dan RM5.50 dari Sg. Tujuh ke Belait.

Perjalanan sebenarnya cuma mengambil masa 2 jam tetapi akibat proses imegresen di Kompleks Imegresen Sg. Tujoh dan pertukaran bas ia mengambil masa selama lebih 3 jam untuk sampai ke Kuala Belait. Dari Kuala Belait kami terpaksa ke Seria untuk ke Bandar Seri Begawan, dengan bayaran BND1.00 (BND1.00 bersamaan dengan RM2.45) kami sampai di Seria dengan menggunakan bas kecil dan berhawa dingin. Di Seria sumber minyak sangat dasyat kerana kita akan dapat melihat laluan paip minyak dan pengepam minyak betul-betul berada bersebelahan rumah mereka!. Mungkin kerana itu minyak petrol cuma bernilai sekitar BND0.50 dan diesel bernilai BND0.30 di sini.


Seria pekan sebesar Bintangor di Sarawak cuma dapat menawarkan bas tidak berhawa dingin ke Bandar Seri Begawan dengan tambang berjumlah BND6.00. Perjalanan selama 2 jam itu tidaklah membosankan kerana kami dapat melihat keindahan kampung-kampung dimana terdapat binaan rumah yang diperbuat daripada batu tetapi bercirikan Melayu. Kami sampai di Bandar Seri Begawan lebih kurang jam 4.00 petang dan dapat mencari hotel cap ayam berhadapan dengan Brunei Hotel dengan bayaran BND39.00 tanpa kemudahan tv.


Sebelum berjalan-jalan kami menjamah makanan di sebuah restoren, dengan BND5.70 aku mendapat kailan ikan masin, rendang daging dan teh o ais Di sini makanan yang dihidangkan sangat banyak iaitu dua kali ganda daripada biasa dan jarang dapat kita habiskan. Kemudian kami terus ke Tamu Kianggeh yang menyediakan pelbagai barangan dapur dan kraftangan.


Kemudian dengan bayaran BND20.00 kami menaiki bot dengan kuasa kuda 60 menjelajah Kampung Air yang mempunyai prasarana yang lengkap seperti sekolah dan balai bomba. Perjalanan diteruskan dengan melawat Masjid Sultan Ali Saifuddieen dan di teruskan ke Istana Nurul Iman. Jarak Istana sangat jauh dari bandar (kira-kira 3-4km), keputusan aku dan Cikgu Bad untuk berjalan kaki adalah keputusan yang salah kerana selepas jam 7 malam langsung tidak kelihatan teksi dan bas di sini hingga memaksa kami berjalan kaki pulang walaupun dalam keletihan. Istana yang terbesar di dunia ini dikawal ketat sama-ada di jalan darat di hadapan mahupun di jalan air di belakangnya.


Sebelum ke hotel kami sempat singgah di Tamu (seperti Maplay di PJ) yang menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan seperti Ambuyat dan Nasi Katok. Nasi Katok cuma berharga BND1.00 yang terdiri daripada nasi dua kali ganda di Malaysia, seketul ayam goreng dan sambal yang agak masam kerana ada rasa petai di dalamnnya. Ambuyat pula merupakan makanan yang berlendir (sagu agaknya kelihatan seperti kanji) yang dimakan bersama lauk dan sayur. Malam di Bandar Seri Begawan tidaklah meriah sangat kerana tidak ada syurga dunia tetapi cukup selesa untuk aku yang suka sekali melihat kemeriahan jeti sungainya yang tidak pernah lekang dengan bunyi enjin 60 kuasa kuda mengambil penumpang walaupun pada waktu malam.


Keesokannya awal pagi kami bersarapan di Restoren Mak Ngah berhampiran hotel, dengan kos tiga kuih BND1.00. Antara kuih yang popular ialah kelupis iaitu pulut yang di kukus di dalam sejenis daun dan dicicah dengan kari. Kami mengambil keputusan pergi Balai Alat Kebesaran Diraja yang terletak bersebelahan dengan dataran, adalah kesilapan besar tidak datang ke sini kerana kita dapat melihat bagaimana cara kehidupan di Raja dan peralatan yang digunakan secara dekat. Kebanyakan peralatannya diperbuat daripada emas dan dikawal dengan kawalan yang paling ketat. Di sini juga banyak dijual cenderamata yang murah seperti topi,pen dan mug yang berharga BND3.50 (aku menghabiskan wang sebanyak BND26.00 untuk cenderamata).


Kemudian setelah bertanya dengan orang di sini kami berjaya mendapatkan teksi sapu dengan kos BND40.00 untuk menghantar kami ke Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah, Bubungan Dua Belas dan Muzium. Untuk mencari teksi di sini sangat susah kecuali di stesen teksi dan tambangnya sangat mahal. Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah yang dibina pada 1988 sangat indah buatannya dan istimewanya kubahnya diperbuat daripada emas. Di Bubungan Dua Belas pula merupakan tempat hubungan antara Brunei dan British berlangsung (ia juga kediaman Residen British) dimana Ratu Elizabeth pernah sampai ke sini pada 1992.


Lawatan kami yang terakhir adalah ke Muzium yang terletak di Kota Batu merupakan bekas tapak purba kerajaan Brunei. Banyak maklumat yang diperolehi di sini yang pasti ia tidak banyak sangat berbeza dengan orang Melayu di Nusantara. Untuk ke bandar dari sini kami mengalami masalah kerana sukar mendapat bas dan teksi di sini. Aku terpaksa menahan kereta orang awam dan dengan jasa baik orang sini secara percuma mereka sudi menghantarkan kami ke Bandar Seri Begawan.


Setelah menjamah makanan tengahari yang sama seperti semalam iaitu Kailan Ikan Masin, telur dan milo ais berharga BND4.70, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lurah dengan menaiki bas berhawa dingin bernombor 48. Ia cuma mengambil masa kira-kira 45 minit dengan kos BND1.00 dan sampai ke pintu sempadan Kuala Lurah Limbang. Cikgu Bad menghadapi masalah kerana tidak membawa pas perjalanan terhad, namun ia berjaya diselesaikan kerana status guru dipandang tinggi di sini.


Kami mendapat maklumat yang salah mengatakan bahawa terdapat bas dari Kuala Lurah ke Limbang, sebenarnya langsung tidak ada!. Kita sebenarnya harus menaiki teksi ke sana, masalahnya tiada teksi di sini selepas pukul 5.00 petang!, setelah berunding dengan penduduk sini aku berjaya mendapatkan teksi sapu dengan kos RM50.00 untuk ke Limbang sejauh 41km.



Limbang aku kira hampir sebesar Teluk Intan membolehkan kita untuk terus ke Labuan melalui jalan air selama 2 jam ataupun ke Kota Kinabalu melalui jalan darat (Temburong-Brunei)selama 3 jam. Limbang agak istimewa kerana ia terletak ditengah-tengah Brunei menyebabkan kebanyakan penduduk di sini mempunyai pssport antarabangsa untuk ke Kota Kinabalu mahupun ke Miri. Kami tinggal di Hotel Purnama berstatus 3 bintang dengan kos RM70.00 setelah mendapat keistimewaan sebagai pegawai kerajaan.

Hari ketiga aku berjaya mendapatkan kereta sapu untuk balik ke Miri dengan pertolongan kawan-kawan yang bermaustatin di Limbang. Aku mengambil keputusan ini supaya ia lebih cepat kerana menggunakan jalan pintas, proses imigresen yang cepat dan juga mahu melihat jalan di bahagian pedalaman berbanding mennyusur laut sebelum ini. Tidak banyak permandangan yang menarik melalui jalan ini namun ia sangat cepat kerana melalui jalan kampung tanpa perlu melalui Seria dan Kuala Belait, berbaloi dengan wang RM50.00 yang dilaburkan.



Trivia

*Terdapat tol di Jambatan Rasau, motosikal BND1.00, kereta BND5.00, van BND10.00 dan bas BND20.00.

*Pengangkutan awan adalah perkara yang sukar di sini.

*Limbang tersepit di antara Brunei.

*Baginda Sultan Brunei pernah menuntut di Victoria Institution dan Maktab Perguruan Sultan Idris.

*Setiap sms yang diterima dan dihantar kan dikenakan RM2.00.

*Kebanyakan rumah di sini tidak berpagar.

*Radio Brunei menyiarkan lagu Malaysia seperti Allleycats dan Uji Rashid.

*Baginda Sultan menjadi idola rakyatnya.

*Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam muzium dan seumpamannya.

*Terdapat ramai pekerja asing di sini seperti di Malaysia.


11 comments:

Anonymous said...

Wah..berjalan sakan ehh...
nampak menarik..tapi tukaran wang Brunei agak mahal untuk RM
errmmmm...cuma nak kasik tau... UEM Builders ada site office kat sana...

-aYob-

barra/literatur sejarah said...

Brunei Darussalam: darussalam artinya damai
Brunei artinya apa ya?

Maswafi Abd Samat said...

Ayob,

Yeke?

marilah pindah Brunei...


Barra,

Brunei kalau di muzium ada tercatit BRU bermaksud 'baru' NEI tu aku dah lupa la...

tunbegia said...

wah, kitak pergi brunei

Anonymous said...

saya ingin bertanya,
1)adakah pengangkutan lain selain flight dari miri ke limbang seperti teksi? berapa kos dari miri ke limbang menaiki teksi?
2)berapa jam perjalanan dari miri ke limbang? adakah waktu tertentu untuk perkhidmatan teksi?
3)jika dari semenanjung perlukah passport untuk ke limbang?

Maswafi Abd Samat said...

1) Ada, teksi sapu. Biasanya menggunakan MPV. Miri-Limbang mereka kenakan RM40.

2) 4 jam. Masa, biasanya pkl 9pg.

3) Sayang, orang Sarawak pun kena guna passport, apatah lagi orang Semenanjung!..

Anonymous said...

apa nama hotel yang u tinggal di sana?

Zaiem Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Zaiem Ibrahim said...

Teksi dan Pengangkutan Awam sukar kerana rata-rata penduduk Brunei mempunyai kenderaan sendiri. Even pemandu teksi merungut susah nak cari makan. Ratio kenderaan di Brunei adalah antara yang tertinggi di Dunia. Tambahan pula dengan harga minyak yang cukup murah..

Sultan Brunei adalah idola no. 1 di Brunei. Rakyat Brunei akan bermati-mati mempertahankan Raja nya sekiranya Baginda dihina..

Brunei bermaksud 'Baru nah' (Barunah !!), merupakan Bahasa Brunei, bukan bermaksud baru, tapi maksudnya "Wow, this is it!!"

Anonymous said...

SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR

SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak

MAKAN DUIT HARAM, MACAM MAKAN BABI: DR MAHATHIR SAID.....

http://www.youtube.com/watch?v=cuyFp-xo1y4

BruneiShare said...

ask permission to share your article on our blog :
BruneiShare Information About BRUNEI DARUSSALAM
http://virtual-bruneidarussalam.blogspsot.com

thanks