Wednesday, April 04, 2007


Rasa bersalah aku melanggar lampu merah Kg. Kerinchi setiap hari sudah tiada semenjak 5 hari lalu kerana ia masih lagi rosak. Azam muncul tiba-tiba muncul semalam tetapi kelihatan seperti “kucing hilang girlfriend” bila aku tanya apa yang merunsingkan kepalanya jawapannya ialah ia masih belum mampu mengampu Pengarah Urusan yang baru kerana tidak dapat menyelesaikan masalah “set up” emel di talian telefon bimbit. Sebenarnya Azam pun jenis yang keras kepala juga seperti aku kerana tidak mahu menerima bantuan aku yang mahu menghubungi Zubir playboy untuk tujuan itu. Malas sudah aku mahu mengutuknya kerana makin dikutuk masih kuat dendamnya pada aku bayangkan komputer baru yang diminta masih belum sampai dan bila disiasat melalui semakan “online” semalam ia masih di atas kapal terbang. BHP Orange Fun Run yang mahu aku daftarkan untuk rakan-rakan aku telahpun penuh, almaklumlah pendaftaran percuma sudah tentulah bangsa Malaysia begitu cepat bertindak tambahan pula akan mendapat beg percuma semasa hari tersebut.

Posted by Picasa

3 comments:

Anonymous said...

Azam memang la jenis manusia busuk ati, dia tuh spesis dengan dajal mata satu, sebab tuh kalau dia berkusa penuh atas muka bumi ini,memang kiamat lah dunia nih...

Maswafi Abd Samat said...

Aku sebagai kawan baik dia, walaupun dia jahat tahap Jin Ifrit mungkin ada sifat baik pada dirinya cuma tidak nampak umpama semut hitam yang berjalan di atas monitor Azam berwarna hitam di malam yang hitam. Hee...hhee... jawab Azam! jawab!!!!

Anonymous said...

Kita jawab kat padang masyar, siapa yang betul