Hari yang sedikit murung pada permulaan minggu kerana peristiwa semalam ditambah-tambah dengan musim kemarau. Cikgu Melvin sudahpun disahkan malaria dan sedang berehat di rumahnya di Belaga. Cikgu Bad yang mempunyai simptom yanng serupa Cikgu Melvin hanya diberi paracetamol oleh kilinik kesihatan Belaga dan di suruh pulang ke Segaham tanpa diambil darah untuk pemeriksaan. Jelas kelihatan tompok-tompok merah pada sekitar badannya, jika keadaan semakin teruk mungkin malam ini kami akan menghantarnya terus ke Bintulu untuk mendapatkan rawatan. Cikgu Nizar masih belum dijumpai hingga ke saat ini , semua guru-guru di SK Abun Matu dan penduduk di Belaga masih berusaha mencari di Batang Rajang yang sangat deras airnya.
4 comments:
Apa perkembangan terkini kes cg Nizar? Saya dan teman2 di SK Sungai Sampo, Negeri Sembilan sentiasa mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku yang pastinya dalam kekuasaan Allah 'Azzawajalla jua. Namun jika ditakdirkan sesuatu yang sukar diterima, kita sewajibnya pasrah Qada' dan Qadar adalah kepunyaanNya jua.
Salam,
Saya mengenalinya lebih kurang empat bulan yang lepas sewaktu dia membantu saya menguruskan pertandingan bola baling. Dia memang baik walaupun saya baru sahaja mengenalinya dan itu yang membuatkan semua guru di sini bersedih.
Saya bukanlah seorang yang layak untuk bercakap tentang kejadian ini kerana saya berada jauh di pedalaman (sejam menaiki bot dari pekan Belaga-41km) dan kurang tahu mengenai perkembangan terkini melainkan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan.
Kisahnya saya selitkan dalam diari saya kerana kebetulan saya berada di sana sewaktu kejadian tersebut.
Rasanya terdapat pelbagai versi cerita seperti pergi memancing dan yang terbaru menangkap gambar dan di baham buaya. Untuk pengetahuan cikgu, tiada buaya di sini (Batang Rajang dari Bakun ke Belaga) dan saya tidak pasti bagaimana kisah menangkap gambar dan memancing itu timbul.
Sewaktu kejadian lebih kurang 6.30 petang keadaan jeti Belaga seperti pesta kerana keadaannya sangat cantik seperti pasir pantai menyebabkan ramai penduduk turun mandi kerana musim kemarau. Cikgu Nizar dikatakan mandi bersama-sama dengan guru-guru yang lain, secara tiba-tiba ditempat yang agak cetek ia terpijak ke tanah jerlus (berhampiran dengan Sg Belaga) dan di telan di dalam air.
Untuk pengetahuan cikgu, arus Sg Belaga yang masuk ke Batang Rajang sangat deras dan mungkin menyebabkan arus pusar.
Semasa saya pulang ke Segaham pada 7 malam tersebut, hampir semua guru-guru SK Abun Matu dan penduduk Belaga masih bertungkus lumus mencarinya di Batang Rajang, dan hingga jam 12.00 tengahari tadi sebuah pusat operasi telah ditubuhkan.
Pencarian sukar hendak digambarkan keadaan muka bumi di sini tidak banyak membantu mereka.
Mungkin kita boleh mengharapkan keajaiban seperti kata cikgu namun jangan sesekali kita mempertikaikan soal dimana kita akan mati hanya kerana kita bekerja di situ, bagi saya itu urusan tuhan.
wafi, cikgu Melvin tu budak long amo ke?
Tak pasti pula tapi orang tempatan Belaga, sudah mengajar di sini lebih 3 tahun.
Post a Comment