Sunday, June 07, 2009

Sepatutnya aku ke Pekan bersama Tom melihat raja sehari Nizam & Nor, malangnya ia menjadi perjalanan yang paling membosankan kerana Tom tidak dapat mengikuti aku kerana adiknya terlantar di hospital. Susah betul hendak berjumpa Tom yang berketurunan jawa ini kerana tinggal di dalam hutan belantara seperti aku yang juga jawa tinggal di dalam hutan belantara, bilakah agaknya kami boleh bertemu?. Rasanya hari ini empat orang kawanku bersanding serentak di Puchong, Taiping dan Johor termasuk Nizam & Nor di Pekan. Semalam bekas tunang aku juga melangsungkan perkahwinannya, walaupun aku tidak dijemput tetapi seperti biasa spy-spy aku yang tidak pernah aku bayar perkhidmatannya melaporkannya kepadaku, daripada tarikh yang dipilih masih nampak kesempurnaan menjadi prinsipnya sejak dahulu lagi.

-

Bagi aku tiada yang sempurna selagi manusia tinggal di planet bumi, cuma cinta yang melengkapkannya dan membuatkan ia sempurna kerana itu diciptakan Hawa untuk Adam. Peluang berada di Kuantan kerana ketiadaan tiket untuk ke Ipoh dan Kuala Lumpur aku gunakan berjumpa dengan cinta pertama. Rasanya sudah hampir 5 tahun tidak berjumpa, itupun nasib bulan lepas aku saja-saja mengemelnya supaya diberikan nombor telefonnya boleh juga aku berhubung dengannya.

-

Rasanya keputusan dia memutuskan perhubungan kami adalah tepat kerana nampak dia kelihatan lebih ceria dan bersemangat tidak seperti 5 tahun lepas. Aku pun buat-buat tumpang gembira kerana dapat makan free di restoren mewah kerana hendak harapkan aku mungkin pencen, kerja balik dan pencen semula pun tidak dapat makan di tempat seperti itu. Sudah langsung tiada kelihatan aura kasih sayang di antara kami walaupun kami tidak pernah bergaduh semenjak putus dahulu. Aku paling suka dengan sikapnya yang jujur kalau dia tidak mahu berjumpa dengan aku dia tidak menggunakan pelbagai alasan tidak masuk akal, cuma berkata “tidak” walaupun pahit didengar.

1 comment:

SOHAINA MOHD SALLEH said...

Begitu ker ceritanya..apa apa pun jodoh Wafi ada tuuuu.Makcik Mah dah memanggil jodoh Wafi.