Saturday, August 29, 2009

Seperti biasa aku dan Cikgu Bad tidak dapat mendiamkan diri jika sudah berada di Bandar Bintulu, perkara pertama yang biasa kami lakukan ialah untuk pergi semua bank yang menjadi ayah angkat kami untuk menjelaskan wang bulanan. Cuma kali ini sedikit lain kepada aku kerana mencari klinik disebabkan masalah kesihatan. Cikgu Firdaus hanya terlantar di dalam bilik hotel kerana demam panas maka tidaklah ia dapat mengikut rombongan kami makan angin di sekitar Kidurong yang menempatkan pelantar minyaknya dan pelabuhan dengan di bantu oleh Cikgu Lia.

Bercakap soal cara orang sini menjalani ibadah puasa tiada perbezaan dengan orang di semenanjung dan aku masih belum berpeluang menunaikan solat tarawikh berjemaah kerana masjid terletak jauh dari hotel. Dalam soal makanan, tiada masalah di sini kerana terdapat banyak tempat menjual juadah berbuka. Umai (ikan mentah) dan bermacam nama kuih yang tidak pernah kedengaran dijual di sini dan aku pula bukannya jenis yang obses pasal makanan kerana sudah biasa sangat dengan sardin dan telur semenjak tinggal di dalam hutan.



No comments: