Suasana di Tahun 2 semakin ideal semalam apabila Buring dari Bakun melengkapkannya kepada 8 orang dimana bilangan perempuan dan lelaki sama banyak, ini memudahkan sedikit apabila melakukan segala aktiviti. Ramai murid yang diserang selsema dan batuk yang agak teruk melebihi 3 hari hinggakan seramai 15 orang murid terpaksa di bawa ke Klinik Kesihatan Belaga untuk rawatan lanjut pagi ini. Seperti yang dijangka pihak klinik memberikan rawatan 5 bintang kerana aku datang dengan surat rasmi dan berpakaian rasmi serta sudah tentu dengan pemakaian tanda nama. Tiada masalah jangkitan H1N1 cuma cuaca yang melampau yang menyebabkan penyakit tersebut berlarutan.
No comments:
Post a Comment