Perjalanan sambutan kemerdekaan berjalan dengan lancar walaupun sedang dilanda musim kemarau yang melampau. Tiada masalah melatih murid Rumah Biru untuk berkawad dan koir kerana mereka mampu membuat keputusan dan berlatih sendiri. Aku hanya bertindak sebagai kordinator dalam perkara itu kerana banyak yang perlu dilakukan untuk program itu sendiri sebagai pihak penganjur. Sudah masuk minggu ke 3, batuk aku masih belum berkurangan walaupun sudah menelan ubat air kelapa laut, pil pemberian Mak Rossa dan ubat batuk yang diberi oleh klinik kesihatan. Aku masih belum mencuba cadangan Makcik Mah untuk minum air buah semangkok kerana hampir-hampir mustahil untuk mencarinya di sini.
1 comment:
Wafi, cuba pula madu dengan limau.
dengan syarat jangan dicampur air. perah sedikit limau keatas madu yang diletak didalam satu sudu besar. terus telan camtu je.
Post a Comment