Ramadan dapat dilaksanakan dengan baik kerana cuaca yang semakin sejuk kerana terdapat hujan yang agak panjang 2 hari lepas. Bot espress kembali bertugas seperti biasa agak menceriakan suasana kerana aku sudah terlalu rindu untuk mendengar bunyi enjinnya yang tentunya melebihi 500 kuasa kuda. Semua guru-guru yang mengajar di pekan Belaga kelihatan meninggalkan pekan kecil ini kerana pulang bercuti, namun kami di sini masih lagi bekerja kerana memastikan ulangkaji untuk UPSR berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment