Tuesday, August 11, 2009

Sedikit hujan pagi tadi dapat juga mengurangkan bahang haba kerana kemarau yang berpanjangan selama 3 bulan dan jerebu yang semakin teruk. Suhu naik hingga kepada 39 darjah celcius pada jam 2.00 petang semalam menjadikan tempat ini seperti Dubai pula rasanya dan jika naik lagi 3 darjah celcius menjadikan suhu di sini sama seperti di Makkah.

-

Lagu Fiona oleh 4U2C dimainkan tanpa henti-henti di bilik guru oleh Cikgu Melvin sebagai tanda memperingati kematiannya. Sehingga hari ini bilangan anak ayam yang asalnya 7 sudah menjadi 2, ini menunjukkan bukannya Fiona yang punya angkara. Jika hanya tinggal ibu ayam, aku bercadang untuk menyembelih ayam tersebut dan menyuruh Cikgu Bad memasak kari dan diberi kepada orang yang membunuhnya. Sekarang ini kami cuba mengumpan Mimi kepunyaan Cikgu Nancy supaya datang makan di rumah kami untuk mengisi kesunyian kami hadapi semenjak ketiadaan Fiona.

No comments: