Wednesday, August 08, 2007

Akhirnya dekorder Astro aku bertukar tangan juga dengan si Fadhli tetapi bukanlah dengan set pinggan mangkuk cap ayamnya kerana jika itu berlaku lebih baik aku sedekahkan sahaja pada Makcik Mah boleh juga orang tua itu menonton bola sepak. Seperti perjanjian “barter trading” itu cuma boleh berlaku jika Fadhli berjaya menukarkan pinggan mangkuknya dengan pemain DVD ataupun pemain radio kaset dan memberikannya kepada aku. Hairan juga aku bagaimana Fadhli boleh mengayat pemunya pemain radio kaset jenama Pensonic untuk ditukar dengan pinggan mangkuk cap ayamnya, sungguh tinggi “nilai persahabatan” mereka. Kalau diikutkan sifat murni yang tertanam di dalam hati ini bukankah lebih baik sipemunya itu menyimpan sahaja pemain radio kaset itu di dalam kotak dan dihadiahkan semasa majlis persandingan aku.
-
Ramai yang bertanya aku kenapa masih berada di pejabat petang semalam, rasa seolah-olah selama ini aku selalu tiada di pejabat mengulat seperti Mr. Tan pula. Semuanya kerana Rat Race yang diadakan di KLSE semalam tidak pernah menerima kehadiran aku dan mentorku Firdaus untuk tujuan larian amal kononnya dengan alasan pangkat kami tidak cukup gaban dengan mereka untuk membuat amal. Hingga rencana ini ditulis inilah satu-satunya pertandingan yang tidak dimasukkan di dalam kalendar Pacesetters dan Malaysia Runners, mungkin mereka tidak dapat mengiktiraf cara golongan korporat mentakrif diri mereka dengan mengetepikan golongan marhaen agaknya. Apapun jika aku dan Firdaus mendapat tempat di antara 100 peserta terbaik di dalam larian inipun, ia amat berlainan kerana tiada abang-abang Kenya di hadapan untuk dikejar melainkan awek-awek yang lawa melambai kami dan limpahan “flash” kamera yang belum tentu gambar kami berada di dalamnya.

No comments: