Monday, August 27, 2007

Mendapat tempat ke 20 selepas bersaing dengan tiga Kenya dan kelompok askar daripada Depoh Kinrara memang amat memenatkan untuk jarak 10km di Bandar Kinrara 1 anjuran sekolah rendah di situ. Aku berjaya menamatkan larian di bawah 45 minit mungkin disebabkan jaraknya kurang daripada 10km agaknya. Ramai yang merungut kenapa perlunya Kenya memasuki larian cap ayam tersebut walhal dalam masa yang sama terdapat larian lain di Subang dan Tasik Permaisuri. Aku tidak ambil peduli sangat rungutan tersebut kerana kagum dengan latihan yang mereka jalankan sejauh 10km setiap hari dan kadang-kala mencecah 15km ini membuktikan aku bukanlah boleh didefinisikan gila kalau bab mengadakan latihan. Terkenang aku detik-detik permulaan melihat Farrah pertama kali tahun lepas apabila melihat Farrah memakai uniform merah semasa sibuk menjalankan perniagaan Metro Drivingnya di Giant Kinrara, cuma kali ini dia tidak memakai baju sukan merahnya dan tiada rambut pendek yang diikat rapi kerana terlampau sibuk dengan perniagaannya. Sakit kepala aku datang kembali tetapi bukanlah kerana memikirkan bagaimana Zubir Playboy akan memulangkan talian bimbit jenama Daewoo cap ayam yang sepatutnya dibeli daripada kawannya tetapi menurut doktor jumlah kalsium di dalam badan aku tidak dapat menampung segala aktiviti aku lakukan. Mungkin aku patut mengambil “supplement” seperti yang dijual oleh Pak Su tetapi sebagai orang melayu aku ini sangat dengki kalau dia mendapat untung disebabkan oleh penyakit aku alami.

No comments: