Saturday, August 25, 2007

Barulah aku tahu kenapa hujan turun pagi ini sewaktu aku sedang mengadakan latihan secara interval, bukannya sebab katak yang memanggilnya tetapi presiden aku tiba-tiba menghubungi aku mengajak ke Seremban dengan alasan mahu melihat majlis persandingan Zainal dan Leen di Spanish Villa. Secara jujurnya tiada istilah melihat majlis persandingan dalam kamus hidup aku melainkan melakukan latihan makan. Bergerak dengan presiden aku ini memang susah kerana kami menghabiskan masa selama hampir setengah jam mencari jalan kerana sifat keras kepalanya yang tidak mahu bertanya arah dengan penduduk setempat. Kadang-kadang mahu sahaja aku turun daripada Myvinya dan berlari sahaja ke majlis tersebut, mungkin dia terlalu runsing kerana mencari protege-protege baru untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Persatuan Orang Bujang Taman Desa agaknya. Tiba-tiba sahaja hati ini terasa sedih pula hinggakan mahu sahaja aku pecah-pecahkan "speaker" yang dipasang kerana asyik sangat memasang lagu Ali Mamak yang menceritakan kenapa dia tidak kahwin lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Hahaha...aku ingat ko x tensen nampak relax jer,rupanya tensen jgk ko yer,tu lah nak yg cantik jer,yg sememeh xnak,ko pegang jerla title naib presiden sampai ko tuo!!!Jgn Maree,nanti lg tuo!!!!