Wednesday, August 29, 2007

Lega aku melihat saham aku yang sudah semakin pulih yang telah jatuh seringgit semenjak krisis pinjaman di Amerika bulan lepas, jika aku menjualnya dalam tempoh terdekat dan dicampurkan dengan elaun kerja lebih masa bulan Ogos dapatlah memakai baju batik untuk berdangdut setiap hari. Makcik Mah bising-bising kerana aku telah lama tidak menghubunginya dan pulang ke kampung, kalau si Alang pula tidak habis-habis hendak menjodohkan aku dengan teman serumahnya jika setiap kali menghubunginya. Akhirnya kemarahan aku sampai juga ke klimaksnya bila di salahkan oleh Stanley bila melakukan pemrosesan Kaizen HR macam aku pula taukeh kedai dan dia pelanggan aku, mahu sahaja aku baling Motorola L7 aku dari tingkat 19 ini rasa bila bercakap dengannya, tapi aku lupakan sahaja niat murni tersebut kerana semenjak dua menjak ini Salmah rajin pula menghubungi aku melalui Motorola L7 di atas urusan kerja dari Hospital Sg. Buloh.

No comments: