Tuesday, August 28, 2007

Sejak malam sabtu “inbox” Motorola L7 aku asyik terpaksa dipadam bagi memenuhi permintaan kakitangan aku yang asyik bertanyakan kenapa kenaikan gaji mereka sangat sedikit, seperti biasalah sentiasa ada sahaja perbendaharaan kata Melayu yang menanti mereka daripada mulut aku dengan alasan mereka tidak pandai mengampu. Aku rasa mereka patut menghantar resume dengan Khairy Jamaluddin jika mahukan kenaikan 40% seperti yang kerajaan lakukan. Jika syarikat aku membuat perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan insyallah tidak sempat menyambut Tahun Baru Cina syahidlah syarikat ini. Mungkin kita kena belajar menerima daripada mengharap!

No comments: