Monday, August 06, 2007

Hari ini masih lagi masih lagi terasa sakit di dada mungkin inilah balasan Yang Maha Esa terhadap perbuatan keji seorang protégé yang mengkhianati mentornya sabtu lepas sebagai pelumba kedua Emerald demi memastikan kemenangan besar pasukannya. Selepas pulang sahaja daripada kursus membina laman web sabtu lepas, aku tanpa mengenakan baju ropol-ropol seperti Nik Shafini, terus mengambil keretapi ke Sheraton Subang. Aku merasa begitu kecewa kerana malam yang dikendalikan oleh Din Beramboi itu tidak segamat seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi aku lebih kecewa kenapa aku diletakkan di dalam satu meja bersama Kak Aishah dan Kak Lina yang sudah berkahwin walhal aku merasakan aku lebih sesuai jika duduk semeja dengan Ros ataupun awek-awek bujang lain yang belum kahwin. Persembahan Min malam itu agak baik tetapi entah kenapa aku rasa lebih terhibur dengan persembahan Ali Mamak dan sehingga sekarang aku masih merasakan seperti ada yang kurang dengan majlis tersebut tetapi tidak tahu dimana.

No comments: