Saturday, August 11, 2007

Hari ini adalah hari yang malang untuk seekor anjing rottweiler kerana dipijak oleh seorang pahlawan di hadapan tuannya sendiri. Oleh kerana pahlawan itu ialah aku sendiri terpaksalah aku memaksa diri aku mempercayainya, kalau di Jepun mungkin anjing itu sudahpun membunuh dirinya kerana kalah bertarung. Aku tidak faham kenapa perlunya anjing rottweiler yang menemani tuannya itu tiba-tiba menyerang dengan garang aku tanpa sebab di Tasik Kelana Jaya tadi. Mujur juga tuannya berjaya meleraikan kami di pusingan kedua jika tidak sudah tentu aku bertelanjang bulat kerana aku terlupa hendak memakai seluar dalam pagi ini. Mulanya aku tidak berapa percaya ia daripada jenis rottweiler seperti kata Zafrul namun bila aku melakukan pencarian di internet, segala pergerakan yang di lakukan dan fizikal anjing tersebut ternyata ia daripada jenis yang sama. Hari ini barulah aku tahu rupa-rupanya Zafrul jika melihat kawannya di dalam kesusahan akan lari sekuat mungkin dan Firdaus pula berbelah bahagi sama ada mahu menolong aku ataupun ikut sama lari seperti Zafrul.

2 comments:

Anonymous said...

waka..ka.. patut le anjing tu kejo, rupanye tak pakai spender

Maswafi Abd Samat said...

Sapa ni! kalau berani bagitau namala.