Monday, August 20, 2007

Aku memperbaiki kedudukan di nombor 13 untuk Larian Amal NASCOM di Dataran Petaling semalam meletakkan aku pertama kali dalam kelompok “Elite Runners” yang kebanyakannya suka memakai baju tanpa lengan itu. Sebenarnya kedudukan itu diperolehi kerana terdapat dua Larian lain di Kelana Jaya dan Kajang yang diadakan serentak semalam kerana penganjur terpaksa mengadakan sebelum bulan Ramadhan sebagai menghormati umat islam. Mencatat masa di bawah 25 minit untuk 5km dan tidak perlu menyembah bumi seperti di Tasik Perdana dan Padang USM serta tidak perlu menanggung sakit dada sudah dikira cukup bagus bagi aku kerana ia bukanlah jarak “favourite” aku. Jadual aku masih padat seperti biasa kerana di pagi sabtu aku menyambung tugasan di pejabat seperti biasa dan pada petangnya membantu Persatuan Orang Buta mengadakan latihan di Bukit Gasing kerana akan ke Gunung Tahan selama 10 hari.

1 comment:

Anonymous said...

Ko tengah bertapa dlm Gua Tempurung ke sampai blog ko tak update lagi ari ni??