Tuesday, August 07, 2007

Semenjak mendapat dekorder “berjenama” Astro sempena cabutan bertuah sabtu lalu, aku asyik dihujani dengan panggilan telefon oleh mereka yang mahu melakukan “barter trading” dengan aku. Migrain juga melayan karenah mereka kerana semuanya urusniaga tersebut tidak langsung menguntungkan aku melainkan rugi semata-mata. Yang paling ghairah ialah Firdaus yang beria-ia mahu menukarkannya dengan dua periuk cap ayamnya kerana kononya semua orang perempuan di Taman Desa sekarang sedang “tergila-gila”kan periuk cabutan bertuahnya. Daripada aku tukarkan kepada periuk tersebut lebih baik aku campak sahaja dekorder tersebut dari tingkat 19 nampak juga hasil seninya. Seperti biasalah ramai juga yang cemburu dengan dekorder tersebut dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah Nik Shafini yang cuma mendapat dapur gas cap ayam bernilai RM29.90, mungkin ada hikmahnya kerana selepas ini tidak perlulah aku membelanjanya di D’Kerisik tetapi cuma perlu membeli roti segera untuk dimasak menggunakan dapur tersebut. Migrain aku bertambah-tambah bila Fadhli mahu menukarkan set pinggan mangkuk cap ayamnya dengan dekorder tersebut sambil menyebut berulang kali bahawa “nilai persahabatan” kami lebih daripada itu. Aku dapat merasakan ada unsur-unsur ugutan jika “nilai persahabatan” itu tidak dipenuhi mungkin komputer aku akan mengalami kerosakan lagi seperti yang dilakukan oleh Azam Orang Minyak seperti suatu masa dahulu.

2 comments:

nafastari said...

Hey! Betul tu... Manakan sama Astro dengan yang lain-lain itu.

Maswafi Abd Samat said...

Akhirnya ada juga yang bersetuju dengan teman. hee..hee...

terima kasih.