Monday, August 13, 2007

Barulah aku tahu kenapa PJ Half Marathon 21 km menjadi kegilaan “runners” di Malaysia ia kerana medalnya adalah yang tercantik setakat ini yang pernah aku dapat. Ia dicipta oleh Royal Selangor Pewter dan di medal tersebut ditinta nombor 122 milik aku. Aku memperbaiki masa sebanyak 12 minit berbanding tahun lepas dengan catatan 1 jam 57 minit dan juga dapat memperbaiki 100 kedudukan anak tangga berbanding tahun lepas. Aku di tewaskan oleh Farid di tempat ke 64, Firdaus di tempat 92 dan Shahrul di tempat 117 manakala Sham menarik diri kerana kecederaan kaki yang masih belum pulih. Perbezaan masa aku dengan Farid cuma 9 minit dan Firdaus berbeza cuma 3 minit dan Shahrul betul-betul berada dihadapan aku. Zafrul cuma berada 8 minit dibelakang aku dengan tempat ke 167 dan Ayob sampai di garisan penamat sewaktu penganjur sudah membungkus kain baju untuk pulang ke rumah. Setakat ini perlumbaan semalam jarak yang paling dekat aku dengan Firdaus selepas Larian Terowong yang lepas. Untuk berada di hadapan pun Firdaus pertama kali terpaksa pengsan di khemah Saint John Ambulans selepas minum milo kerana tidak mahu dimalukan oleh protegenya, kerana baginya lebih baik dia pengsan daripada membiarkan aku mengutuknya selama tujuh keturunan kucing. Aku mungkin sudah kalah dalam pertempuran ini tetapi sudah semacam menang dalam peperangan ini!

3 comments:

Anonymous said...

hampeh betol penganjur.. sekurang2nya letak la sorang buat2 tulis no. masa kat garisan penamat tuh.. terasa la di hargai sikit bila sampai kat garisan penamat... tak pe..tak per..tahun depan haku akan cuba buat bawah 2jam 15minit..

Haku yang kecewa
-aYob-

Maswafi Abd Samat said...

Run when you can, walk when you have to, crawl if you must; just never give up.

牛五花Orange said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社