Friday, November 02, 2007

Kebas punggung aku selama 8 jam kerana suntikan dadah untuk menenangkan sakit kepala aku, lagi malang nasib aku sudahlah tiada amaran semasa disuntik dan bukan Zanariah yang melakukannya mungkin itu yang menyebabkan aku sakit. Elok juga bukan Zanariah yang melakukannya jika tidak doktor terpaksa pula mencarikan aku ubat sakit jatuh cinta pula. Bila doktor memberi aku dua biji dadah Zolpidem untuk bekalan, menunjukkan pesakit mental seperti aku masih bergantung pada dadah untuk menenangkan kepala aku sejak empat tahun lalu. Sampai bila aku harus bergantung pada dadah untuk meneruskan kehidupan akupun tidak tahu, jika bersenam boleh mengurangkan pergantungan terhadap dadah aku sudah melakukan ke tahap yang tidak mampu dilakukan oleh anggota badan aku sendiri.

Akhirnya setelah dua tahun memerhati berjaya juga aku “menangkap” Abang Rahim yang selalu berlari sejauh 10km memakai seluar Levi’s biru, kasut timberlake, t ‘shirt” hard rock cafĂ© dan topi menutup rambut panjang perangnya. Pelik juga lelaki berwatakan rock yang berumur 65 tahun berpakaian tidak sesuai langsung itu pernah menamatkan marathon penuh lebih daripada 20 kali!. Sebenarnya selama itulah juga dia memerhati aku cuma tidak berpeluang berbual kerana berhenti di “check point” berbeza, pelbagai nasihat yang diberi antaranya mengenai sakit dada yang aku alami sebenarnya cuma perkara biasa bagi seorang “runners”.

4 comments:

Anonymous said...

Ko sakit kepala bukan kerana apa tp kerna fikir camna nak tambat hati adik Kak Long & mungkinkah pening sebab rasa NE(?)ni mcm orang kerja gomen....

mafeitz said...

eh.. aku pun selalu nampak brader tu dalam larian2.. weeh..biar betul dia 65 tahun pasal kira nampak muda lagi !! Berjaya jugak yek kau interview dia coz aku selalu jugak nak tau kenapa dia berpakaian sedemikian..

Maswafi Abd Samat said...
This comment has been removed by the author.
Maswafi Abd Samat said...

Fatin??? aku rasa kalau aku jalan sebelah dia mesti korang cakap aku dah bomohkan dia!

Dr. M,

Ha.. haa.. cuma orang gila macam aku yang boleh layan gila orang gila macam dia. Dia memang tak nak jawab soalan aku kenapa dia berpakaian macam tu. Cuma lebih kurang katanya dia seorang otai rocker seperti Ramli Sarip.