Friday, May 08, 2009

Hari yang sangat memenatkan bagi aku hari ini kerana melakukan perjalanan dari pedalaman 3 ke pedalaman 3 sempena program Lawatan Muhibbah SK Ngaga Tiau, Kapit. Sepatutnya ia tidaklah sukar sangat seperti yang sepatutnya tergambar di kepala otak aku yang sangat degil ini. Tetapi musim kemarau yang telah mengeringkan Batang Rajang telah menyebabkan bot ekspress tidak berfungsi untuk membawa kami ke Kapit sebelum ke destinasi yang di tuju. Sepatutnya perjalanan air cuma mengambil masa cuma 9 hingga 11 jam, tetapi apabila menggunakan jalan darat dan air sudah tentu ia akan mengambil masa 16 hingga 17 jam. Ini bermakna kami terpaksalah bermalam di Sibu sebelum menaiki bot ekspress yang terawal pada jam 5.45 pagi esok. Sebenarnya awal-awal lagi kami sudah ditimpa musibah bila Kembara bos tersangkut pada lumpur Long Menjawah, alhamdulillah kami berjaya melepaskan Kembara tersebut tetapi seluar jeans aku, Cikgu Firdaus, Cikgu Bad dan bos aku sendiri macam baru balik dari bendang sawah.

No comments: