Friday, May 15, 2009

Pagi yang dingin kerana hujan sangat lebat pagi semalam hingga memenuhkan tangki biru, Cikgu Andrew pagi-pagi lagi mundar-mandir di dalam rumah seperti kucing hilang “girlfriend” bila menerima berita isterinya dimasukkan ke dalam hospital. Suasana bilik guru semacam pesta kerana semua guru-guru sibuk menyediakan kertas-kertas soalan dan mencetaknya. Susah juga untuk membuat soalan-soalan tersebut mengikut aras yang bersesuaian kerana kenyakan murid di sini berada di pemahaman aras satu. Agaknya mungkin Dylon berubah menjadi ikan paus bila terpaksa menjawab soalan muzik oleh Cikgu Zul yang cuma perlu melengkapkan lirik lagu sekolah!.

No comments: