Friday, May 15, 2009

Hingga ke petang aku masih lagi sibuk bersama Fredie dan Kalong berperahu dari satu rumah panjang ke rumah panjang yang lain untuk mempromosikan Pra-Gawai pada 22 Mei depan. Susah untuk memahami bahasa Orang Ulu yang hampir pupus bila berkomunikasi berbanding bahasa Iban yang banyak kesamaannya dengan bahasa Melayu. Berbaloi juga perjalanan aku ke Long Semuang dan Long Menjawah kerana berpeluang membawa perahu berkuasa kuda 20, susah juga kerana hendak mengelak batu dan balak-balak yang sentiasa menghuni Batang Rajang.

No comments: