Monday, May 18, 2009

Bot ekpress Bakun-Sibu sudah mula beroperasi seperti biasa hari ini setelah berehat hampir tiga minggu. Buih-buih tidak henti-henti memenuhi Batang Rajang menandakan perubahan kenaikan air sedang berlaku secara mendadak kerana hujan di hulu. Hari ini merupakan hari ertama minggu peperiksaan pertengahan tahun. Di masa inilah Moses baru datang dengan muka blurnya dan hanya boleh menyebut tidak lebih daripada 10 kosa kata bahasa Melayu bila bercakap dengan aku setelah bertapa selama hampir dua bulan di Bakun. Sudah tentulah dia terpinga-pinga dan tersenyum kambing semasa menjawab soalan peperiksaan sambil menyebut perkataan cikgu berulang kali, cuma tidaklah kepalanya berubah menjadi ikan paus seperti Dylon.

4 comments:

naz runnaz said...

sronok nengok kehidupan hg kat sanun...

Aishah Jamal said...

Wafi,
rasanya tidak terlewat kan untuk akak mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada wafi.

Semoga penat lelah wafi untuk mendidik anak bangsa akan diberkati olehNya.

Emmm....letaklah gambar anak murid sekali sekala. He..he.. seronok membaca kisah mereka.

Kadang-kadang akak terfikir entah apa pula pandangan seorang guru pada zaman akak bersekolah dulu.

SOHAINA MOHD SALLEH said...

YER,SELAMAT HARI GURU,WAFI...RASANYA TAK TERLEWAT LAGI UNTUK SAYA UCAPKANNYA BUAT WAFI DISANA

Maswafi Abd Samat said...

Terima kasih semua!!!