Wednesday, May 20, 2009

Hari yang sangat mengantukkan hingga aku menguap beberapa kali sementara menunggu loceng antik tembaga di hadapan bilik guru di ketuk pada jam 12.30 tengahari. Oleh sudah kerana terbiasa dengan karenah murid-murid yang yang tidak mahu berhenti bermain di padang berbanding dengan terpaksa duduk berjam-jam lamanya di dalam kelas memastikan tiada yang meniru dan menjawab 40 soalan objektif dalam masa lima minit. Petang semalam sewaktu berehat selepas latihan kardio 10 ribu meter aku terpesona dengan petahnya cara Likong menghiburkan yang bercerita tentang perjalanannya ke langit ke 7. Murid paling bijak di tahun 3 itu nampak sangat boleh berjaya lebih jauh yang penting ibubapanya dapat menghantarnya ke sekolah hingga ke tahap yang tertinggi, kerana semasa aku berada di umurnya pun tidak dapat berimaginasi sehebat itu.

2 comments:

Pakwar said...

lakukan yang terbaik dan lihatlah kejayaan mereka nanti insyallah di suatu hari.

fifteen said...

brape catatan terbaik ko kat sne 10km? leh la kite lwn nnt...hehehe...aku pun dah lm xwat 10km...