Pengenalanpat ke: navigasigelintar,
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.
Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.
Peraturan lompat jauh
Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan dibenarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat 3 lagi lompatan.
Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberi.
Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
- kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak
- melonjak di luar kawasan papan lonjak semasa mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.
Cara mengukur jarak
Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan.
Gaya lompatan
Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :
- Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini.
- Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
- Gaya tendang kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.
Fasa lompat jauh
Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti :
v Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
v Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
v Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.
v Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.
Latihan ansur maju
Ø Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
Ø Latihan lonjakan
- · Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh.
- · Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
- · Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
- · Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.
Ø Latihan mendarat
- · Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
- · Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
- · Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).
Ø Mengukur penujuan
- Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.
- Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
- Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
Ø Latihan gaya lompatan berbeza
- · Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
- · Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh).
- · Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.
Bahagian otot yang terlibat sewaktu aktiviti lompat jauh
Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan.
1. Fasa Penujuan
- Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
- Otot yang terdapat diantara tendon dan patella.
- Vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rectus femoris (femur).
2. Fasa Lonjakan
- - Otot kuadrisep.
- - Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula), Tibialis anterior (Tibia)
3. Fasa Layangan
- - Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
- - Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal
4. Fasa pendaratan
- Otot Kuadrisep, gluteus medius, gluteus Maximus
- Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus
Faktor-faktor yang mempengaruhi perancangan pemakanan atlit.
Perancangan pemakanan atlit yang ideal perlu mengambil kira pelbagai aspek yang mempengaruhinya bagi memastikan prestasi atlit dapat dipertingkatkan ke tahap optimum. Faktor yang mempengaruhinya antaranya ialah :
• Lokasi latihan / pertandingan di altitude
• Suhu sejuk
• Suhu panas dan humiditi
• Intensity latihan
• Saiz badan atlit
• Jangka masa latihan / pertandingan
• Tahap kecergasan atlit.
Pemakanan mengikut fasa pertandingan
Fasa Pra Musim
Penggunaan kalori amat tinggi pada fasa ini. Kehilangan berat badan kerap terjadi akibat dehidrasi dan perubahan bentuk latihan. Atlit seharusnya minum lebih banyak iaitu tambahan 500 ml air sehari bagi setiap penurunan 420 gram berat badan.
Fasa Pra Pertandingan.
Penyediaan diet seharusnya berasaskan individu. Setiap individu seharusnya mengambil kira aspek - aspek yang mempengaruhi pemakanan. Rancang program pemakanan (karboloading ) seminggu sebelum pertandingan.
Fasa Pos Pertandingan
Kebanyakan atlit mengalami pertambahan berat badan ketika fasa ini. Ini berlaku akibat aktiviti yang rendah intensitinya serta amalan pemakanan yang tidak menentu. Atlit boleh mengamalkan cara merekod pengambilan makanan mereka.