Sudah masuk hari kelapan namun sakit di dada masih belum nampak cepat pulih terutamanya ia terasa sakit sangat bila aku meelakukan servis bola tampar awal pagi ini. Hari ini sangat sibuk kerana banyak tugasan yang perlu dihantar dan pada yang sama terpaksa semua rakan-rakan aku memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis tahlil untuk arwah isyak tadi. Tidak banyak yang dapat kami jamu, cuma sekadar bubur kacang, roti sandwich jenama hot bun, bihun goreng dan teh o yang dimasak sendiri di Balai Islam. Sedih bila melihat gambar yang diambil jumaat lepas dimana arwah betul-betul berada di sebelah aku sambil memeluk aku!
No comments:
Post a Comment