Hari ini adalah hari yang penting untuk semua orang memilih siapa pemimpin mereka dan agak kelam kabut trafik daripada semalam kerana ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung menunaikan kewajipan mereka. Aku masih lagi bengang dengan sikap kawan kepada kawan aku yang tertinggal bag jenama Mega Polo di Terminal One semalam sementara dia ssudah berada di Batu Pahat. Dia dikira bernasib baik kerana aku dapat mencari beg tersebut di tengah-tengah orang ramai dan membawa beg itu pulang dan sewaktu membuka beg tersebut untuk memastikan aku tidak salah aku menjadi perhatian orang ramai kerana terdapat coli berwarna putih di dalamnya. Panggilan telefon daripadanya supaya memulangkan beg itu kepadanya dengan seberapa segera hingga campur tangan beberapa pihak membuatkan aku sedikit marah hingga menyebabkan aku melengahkan penghantaran beg tersebut hingga jam 9.30 malam kepada kawannya walaupun semua urusan boleh diselesaikan pada pukul 6.30 petang. Mungkin dia takut aku membuka “note book” kepunyaanya agaknya, jika aku tahu lebih baik aku cakap bahawa beg tersebut telah hilang dapat juga “note book” tersebut aku jual dengan nilai RM10 buat pengganti jumlah kredit yang aku habis menelefonnya.
No comments:
Post a Comment