Saturday, March 08, 2008

IRONMAN

PENGENALAN

Sukan ini melibatkan 3 jenis disiplin iaitu berenang, berbasikal dan berlari. Ia memerlukan atlit yang terlibat menghabiskan 3 disiplin utama secepat yang mungkin. Sukan ini dilihat menguji ketahanan stamina dan ketahanan badan seseorang peserta dalam menghadapi cabaran yang perlu mereka harungi sepanjang perlumbaan tersebut berlangsung.

Peserta akan memulakan acara dengan berenang sejauh 3.8 km dan kemudian selepas sampai ke kawasan daratan seterusnya peserta akan berbasikal pula sejauh 180.2 km sebelum meneruskan cabaran terakhir iaitu berlari sejauh 42.2 km bagi menghabiskan disiplin pertandingan terbabit.

SEJARAH

Diperkenalkan oleh seorang tentera laut iaitu Collins. Beliau berminat dalam berenang dan berlari dalam jarak jauh. Collins sering mengambil bahagian dalam acara renang dan marathon yang dipertandingkan yang berpekalan di Honolulu.

Kejohanan Ironman pertama telah dianjurkan pada 18 Februari 1978. Pada masa itu Collins sendiri terlibat sama dalam menyertai acara yang pertama kali dijalankan bagi menguji kemampuannya dalam mengharungi cabaran dalam perlumbaan tersebut.

Pemenang pertama kejohanan Ionman telah dimenangi oleh Gordon Haller, yang merupakan seorang pemandu teksi dan seorang pakar dalam bidang kecergasan. Pemenang akan digelar ironman. Selepas kejohanan yang pertama, telah dilangsungkan kejohan yang kedua pada tahun 1979. Collins merupakan pelopor yang pertama dan banyak perubahan yang dibawa oleh beliau.

Setelah kejohanan yang kedua telah lahir ramai tokoh-tokoh yang handal dalam acara ini. Kejohanan Triathlon Ironman, Langkawi, Malaysia Langkawi menjadi tarikan sebagai pusat penganjuran ironman kerana mempunyai suhu kepanasan yang tinggi dan mencabar disamping lokasinya yang selamat untuk kegiatan sukan lasak membuatkannya menjadi lokasi pilihan setiap peserta Ironman untuk menguji kehebatan masing-masing.

Kemudahan kawasan perlumbaan yang semula jadi dan cabaran arus ombak yang serta keadaan cuaca yang panas dan permukaan bumi yang landai dan berbukit memberikan impak cabaran yang tinggi kepada setiap peserta.


PROSEDUR DAN PERATURAN

BERENANG

  • Setiap peserta diwajibkan berenang menggunakan pakaian renang yang telah disahkan oleh pihak penganjur
  • Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan pin, “paddles”, pakaian basah, alat pelampung atau apa jua barang yang digunakan untuk mengapungkan diri dibenarkan digunakan semasa pertandingan dijalankan
  • Bahu dan bahagian paha mesti ditandakan dengan nombor peserta
  • Tidak dibenarkan sama sekali atlit membawa pengiring semasa perlumbaan berlangsung.
  • Setiap peserta akan didaftarkan dan diperiksa oleh pegawai kejohanan dan akan dilekatkan/dilukiskan nombor pada bahagian lengan dan paha masing-masing untuk tujuan pengenalan atlit terbabit. Nombor hanya boleh ditanggalkan/dicuci selepas sahaja tamat perlumbaan.
  • Perenang diminta untuk meletakkan sticker/marker nombor pada bahgian sebelah kanan badan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan atlit terbabit dibatalkan dari menyertai perlumbaan.
  • Acara renang ini akan ditamatkan selepas 2 jam 20minit acara ini dijalankan. Bagi peserta yang masih berenang pada masa ini dan gagal melepasi had masa yang ditetapkan, penyertaan mereka akan dibatalkan dan tidak dibenarkan daripada meneruskan acara terbabit.
  • Bagi peserta yang telah berjaya melepasi acara berenang ini mereka akan meneruskan acara berbasikal.
  • Mereka dikehendaki untuk mengambil basikal dan kit gear basikal masing-masing sebelum boleh meneruskan acara. Ini dilakukan bagi memastikan keselamatan dan jumlah peserta yang melepasi acara berenang.

BERBASIKAL

  • Basikal yang akan digunakan dalam pertandingan mestilah dijaga dengan baik.
  • Basikal peserta perlu dilabel dengan nama ” ironman triathlon” nama, alamat dan sebagainya bagi memudahkan pengenal pastian.
  • Peserta perlu datang awal sebelum perlawanan, untuk mengelakkan sebarang masalah atau risiko.
  • Untuk keselamatan, basikal tidak dibenarkan melalui Jeti Kuah sebelum diperiksa.
  • Peserta perlu bertanggungjawab terhadap kelancaran basikal sepanjang pertandingan.
  • Peserta perlu memastikan keadaan tempat duduk, topi keledar basikal dalam keadaan baik. Pastikan juga rim dan peralatan basikal berfungsi dengan baik.
  • Sepanjang perjalanan pertandingan, sebarang masalah yang timbul seperti kebocoran tayar haruslah diselesaikan sendiri kerana ”pump angin” akan dibekalkan pada waktu pagi sahaja. Semasa perlawanan air mineral akan dibekalkan pada setiap perhentian.

Peraturan Berbasikal

  • Pendaftaran basikal adalah wajib.
  • Peserta hendaklah meletakkan kaki pada ”bike paddle”, kasut dan baju berbasikal hendaklah dipakai sepanjang perlawanan.
  • Setiap peserta mesti memakai nombor pendaftaran dan pastikan nombor pada basikal dilekatkan pada "rider jersey".
  • Semua basikal mestilah mengikut pada haluan sebelah kiri.
  • Semua peserta perlu memakai helmet atau topi keledar pada sepanjang pertandingan. Kegagalan berbuat demikian, peserta akan dikeluarkan dari pertandingan.
  • Setiap peserta harus bertanggung jawab terhadap basikal mereka.
  • Peserta diminta mengikut peraturan perlawanan.
  • Peserta boleh berjalan jika perlu, tetapi tidak boleh mempunyai teman semasa berjalan kecuali peserta sahaja.
  • Peserta perlu mengikut peraturan jalan raya.
  • Cabaran berbasikal akan berakhir selepas 10jam 30 minit pertandingan bermula.peserta yang masih dalam cabaran tersebut akan dikeluarkan dari pertandingan.

LARIAN

  • Peserta hanya dibenarkan berlari, berjalan dan merangkak.
  • Pelari mesti memakai nombor pendaftaran sepanjang pertandingan. Nombor pendaftaran harus dipakai dihadapan dan pada bahagian pinggang.
  • Peserta akan dibekalkan dengan makanan di stesen perhentian.
  • Peserta diingatkan supaya mengikut arahan perlawanan.
  • Peserta mesti berlari di sebelah kiri jalan.
  • Peserta dinasihatkan memakai pakaian yang mempunya pantulan cahaya agar tidak berlaku kemalangan yang diingini.
  • Cabaran ironman akan berakhir selepas 17jam pertandingan bermula.
  • Peserta yang masih dalam cabaran selepas 17 jam akan dikeluarkan.
*Ini adalah rumusan peribadi penulis, sila rujuk pihak penganjur untuk maklumat yang lebih tepat.

No comments: