Hari ini hampir seluruh jalan di Kuala Lumpur ditutup dan membuatkan trafik agak sebu kerana kerana ada orang gila yang secara sewenang-wenangnya berlari di atas jalan raya sempena Kuala Lumpur International Marathon 2008. Bagi aku di sinilah segalanya bermula dimana tiga tahun yang lepas saat Firdaus melatih aku untuk trek 7km dan hinggalah kami bersama-sama berjaya menamatkan 42km bersama Zafrul dan tahun lepas. Aku dan Zafrul membuat keputusan untuk lari sejauh 10km disaat-saat akhir itupun secara pelari hantu dan aku masih berjaya mengekalkan masa di bawah satu jam seperti biasa walaupun tanpa latihan kerana masalah kecederaan di dada, aku bernasib baik cuma mengalami sedikit masalah sakit lutut sewaktu larian. Bagi aku sama ada lari secara berdaftar atau tidak ia membawa perbezaan besar pada aku yang penting ia dapat memenuhi nafsu aku yang ingin berlari di atas jalan raya, lagipun aku takut juga roboh pula almari di rumah aku kerana medal-medal aku yang berat itu.
Hailmi sudahpun memasuki paradigma yang baru kerana berjaya menamatkan 42km dengan catatan 4jam 50minit bersama Zul walaupun sentiasa bimbang dengan kebolehannya sebelum ini begitu juga dengan Mafeiz dan Nazib yang berjaya menamatkan 21km. Seperti biasa Farid selalu cuba memotong catatan masa aku dan ia berjaya dengan 3 jam 59 minit tapi masih gagal memecah rekod Firdaus mentor aku. Nampaknya aku terpaksalah membawa Farid kepada permainan dua alam pula selepas ini. Afad dan Sham berlari dengan jarak 10km dan masih mengekalkan masa di bawah 50minit seperti biasa dan seperti biasa Angah mengekalkan masa di bawah 2 jam untuk jarak yang sama dan pergi mengisi roti canai sejurus selepas itu untuk mendapatkan tenaga yang hilang.
3 comments:
Adoii..tahun ni paling teruk catatan masa untuk 21km... 2jam 55 minit.
-aYob-
Ciss!! kau ada ke Ayub???
x guna ngko wafi...
kalo brani meh la kiter lari Power Run nanti :p
-aYob-
Post a Comment