Monday, March 10, 2008

Kerana dacing tidak kuat atau ….

Bangun pagi pada hari ini serinya sangat berlainan di sini kerana ia bukan lagi di bawah pemerintahan dacing seperti sebelumnya cuma yang tidak berlainan ialah pokok Sesungkai masih tumbuh melata di sungai tempat puteri buih terapung dimana bermulanya keturunan sultan menunjukkan masih ada daulatnya di negeri ini. Yang paling kecewa ialah mantan menteri besar hingga tidak mahu memberi apa-apa komen kepada media dan masih mengurung diri di kediamannya, mungkin hari ini beliau terpaksa berpangkalan ke Pengkalan Hulu.
-
Di kedai Mak Teh, pejabat takaful, di pasar dan kedai gunting rambut Abang Lyas hampir semua orang masih menyumpah dacing walaupun sudah kalah seolah-olah roket dan bulan sudah terbukti pemerintahan mereka di bumi bertuah ini. Digambarkan seolah-olah dacing langsung tidak berguna sedikitpun walhal sudah banyak yang mereka terima walaupun tidak sehebat khazanah negara yang diterima oleh menantu pemimpin utama Semenanjung Emas dan Borneo. Isu-isu ini menenggelamkan berita kematian Mak Diah yang dijemput oleh Yang Maha Esa pada petang pengundian menunjukkan bahawa manusia kurang bercerita tentang nilai-nilai kemanusiaan bila bercerita tentang takhta.
-
Mantan menteri besar pernah menyuarakan isi hatinya hampir sedekad yang lalu kepada persatuan belia tentang kerisauannya tentang perangai ADUN dacing yang jarang melihat kawasan sendiri. Luahan beliau ada benarnya apabila rata-rata ADUN tidak tinggal di tempat sendiri tetapi tinggal di teratak mewah sama ada di Kuala Lumpur atau paling kurang di Ipoh yang bernilai jutaaan ringgit. Beliau juga pernah menyarankan supaya setiap ADUN keris bersolat jumaat di tempat sendiri yang merupakan salah satu kempen awal namun ia tidak pernah dilakukan kecuali dirinya sendiri, kerana melalui teorinya jika setiap ADUN betul-betul "menjelajah" setiap pelusuk masjid tidak sampai setahun sudah "khatam" semuanya.
-
Sekarang pelbagai teori yang timbul di atas kuasa rakyat semalam seperti dacing tidak kuat, pakatan pembangkang sudah semakin kuat, pembangkang menggunakan isu-isu perkauman dan yang paling kerap keluar dari mulut orang dacing ialah rakyat belum cukup memahami isu kenaikan harga barang.
-
Sampai sekarang aku masih belum dapat melihat pembangkang sudah semakin kuat kerana bulan, roket dan mata satu tidak pernah bersatu hati terutama bila melibatkan siapa yang harus menjadi menteri besar seperti yang berlaku sekarang. Kerana seperti biasa mata satu kalau boleh akan melantik dirinya ketua walaupun baru setahun jagung dan jumlah kerusi yang amat sedikit kerana konon-kononnya mereka mewakili semua kaum di Semenanjung Emas dan Borneo, lagipun perlembagaannya tidak jauh beza dengan keris termasuklah dengan warisan perangainya, jika penasihatnya masuk semula ke keris alamat menjadi dajal mata satulah jawabnya parti ini.
-
Manakala bulan yang berpusat di Serambi Mekah mungkin akan syahid jika penunggu Gua Musang berjaya menjadi pemimpin utama di Semenanjung Emas dan Borneo, yang sememangnya masih menyimpan hasrat tersebut sehingga sekarang betapa menggambarkan kesukuan yang sukar dipadam. Roket walaupun menjadi dominan di sini bukanlah bermakna orang kampung aku benar-benar menyokong mereka walaupun memangkah mereka, ini kerana konsep "Malaysian, Malaysian" masih menebal dalam sanubari mereka hingga mungkin meminggirkan hak peribumi, kerana kami tidak pernah lupa sejarah Temasek yang terpadam daripada peta Semenanjung Emas.
-
Dalam soal isu-isu perkauman yang kononnya dibangkitkan oleh roket dan bulan ia sebenarnya palsu belaka ini dapat dilihat dahulu hanya kawasan komposisi kaum cina yang dimenangi oleh roket, namun senario sekarang amat berbeza kerana kawasan tradisional pemerintahan dacing yang mempunyai komposisi campuran melayu, cina dan india sudah berpindah kepada roket. Itupun mujur sahaja roket tidak "mentalkinkan" terus dacing di tempat yang komposisinya terdiri daripada kaum melayu, ia cuma dapat dilakukan oleh bulan.
-
Aku merasakan rakyat rata-rata memahami bahawa kenaikan harga barang memang ada asasnya cuma bila melihat pembaziran yang dilakukan oleh keris dan sekutunya,membawa kesimpulan sebenarnya dacing yang tidak pernah memahami nurani rakyat dan mendengar keluhan rakyat. Bila mantan menteri besar datang ke Dewan Merdeka, Tapah dengan menaiki Proton Perdana V6 sempena kunjungan rasmi, semua ADUN sibuk menukar kereta mewah Mercedes dan BMW mereka yang di telah parkir kepada kereta proton yang barangkali cuma digunakan oleh orang gaji mereka hingga menunjukkan bahawa mereka juga terkesan dengan kenaikan harga barang.
-
Sekarang sudah seolah menjadi kudis apabila ada rakyat yang yang cuba menegur bangsawan keris seperti soal kristianisasi dan jom heboh, orang itu akan dilanyak habis-habisan hingga tinggal mayat bernyawa, mungkin hanya dengan memangkah pakatan roket, bulan dan mata satu suara mereka akan didengar dengan jelas, aku berharap semoga dacing cuba belajar menjadi pendengar yang baik selepas ini.
-
Aku berfikiran positif bahawa roket dan bulan tidak akan bersifat "racist" dalam memimpin negeri aku yang tercinta kerana kebanyakan mereka lahir daripada generasi terpelajar yang mengamalkan falsafah pendidikan yang satu. Bagi aku kenapa perlu bersedih dengan hujan dan ribut petir yang melanda kerana mungkin tuhan mahu memberi pelangi kepada kita!.

3 comments:

Anonymous said...

Nak buat camna memanglah kita semua sedih bila Tajol Rosli x dpt jd MB perak lg. Masaalahnya org(rakyat) dah muak dgn BN dan mereka x peduli lg sangat pasal calon. Lg satu, jika kita perhatikan peratus yg kuar ngundi lebih byk kaum lain dr melayu. Kebanyakan org bukannya bencikan UMNO sangat pun, tp lebih menyampah dgn suku sakat didlm UMNO sendiri yg x sedar diri & perasan yg diri mereka tu bagus sangat sampai tidak lagi mempedulikan rakyat golongan bahawan hanya berlegar pd kroni. Berapa ramai rakyat bwhan yg peduli dgn isu-isu pembangunan koridor misalnya, org lebih mementingkan isu-isu hangat yg berlegar dipenempatan sendiri. Isu-isu kecil yg byk ADUN terlepas pandang sebab memikirkan untung poket sendiri.... Walau apa pun yg berlaku, masyarakat melayu islam kena sedar & faham bahawa semuanya telah ditentukan oleh Allah swt. Kita Manusia hanya sebagai perantara/penyebab sesuatu itu terjadi. Bulatkan tekad serta bergantung harap hanya pada yg ESA bukan pada manusia...

Anonymous said...

Betul tu K Aishah,siapa lg manusia nak bergantung harap klu bkn ngan Allah s.w.t,org dacing terlalu angkuh n bongkak,blh wat sesuka ati,x sedar ada yg lbh berkuasa dr dia,rasa lah skrg...org skrg dah makin bijak menilai mana yg lbh baik,kerajaan selalu mengungkit psl pemberian subsidi tp tidakkah itu duit rakyat jgk,klu x diberi kpd rakyat nak beri kat sapa???msk poket sendirilah jawapnyerr!!!!TU yg kedekut sgt nak bg kat RAKYAT!!!!

Anonymous said...

Dear brother and sister,

I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.

My monk contact place:

Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124

With kindness

KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia
We will take action to help you…Master
Ok my son is lawyer