Tag Heuer cap ayam aku sudah asyik berhenti kerana tidak dapat mengikut rentak nadi aku yang sudah perlahan lebih daripada 14 hari. Dada yang masih sakit membuatkan segala pergerakan aku terbatas dan aku banyak melarikan diri daripada melakukan tugas-tugas berat terutama sekali aktiviti gotong-royong kerana lebih baik tidak berada di situ daripada duduk di di situ tanpa berbuat apa-apa. Pelbagai ikhtiar telah dibuat seperti memakan ikan haruan, air gamat, air sejuk Cikgu Razak cuma menikah sahaja yang belum, namun sakit pada dada masih tetap ada dan bengkak yang sudah pejal masih tidak mahu surut.
-
Poster-poster roket sudahpun diturunkan cuma pihak pembangkang sahaja belum menurunkan lagi mungkin sekarang tengah “frust menonggeng” kerana tiada bisnes untuk lima tahun akan datang agaknya, hendak mengharapkan elaun dacing berapalah sangat. Pakcik Leman masih lagi tidak tentu arah bila berada di pekan dua tiga hari ini, pelbagai macam barang dapur basah yang dibelinya seolah-olah Mak Diah masih hidup kerana itulah ada istilah “laki mati bini” dan bukan sebaliknya. Bila aku senyum padanya ia melambai pada aku dan tiba-tiba berpatah semula pada basikalnya dan kemudian berpatah semula kepada aku dan terus ke kedai Ah Sa yang sedang tersenyum panjang seperti panjangnya roket di sini. Di kedai Pak Lang aku membeli nasi lemak lauk kerang berharga RM2.00 kerana Makcik Mah sukakannnya dan aku masih lagi mendengar suara-suara memaki orang keris, agaknya mereka masih tidak sedar yang pihak kerajaan yang sedia ada ketua pun belum dilantik lagi silap-silap kalau aku pun boleh merampas kuasa jika baik tahap gaban dengan Sultan.
-
Saiful Baharom itulah nama pelajar yang selalu disebut-sebut oleh cikgu aku semasa aku di Tingkatan Enam dahulu. Anak tunggal yang tidak boleh dipisahkan dengan ayahnya itu sudah lain benar sifatnya dulu yang “genius” sekarang ia seperti keanak-anakan semasa aku berjumpanya di kedai Tuck On Long. Pernah mengaku terlibat dengan kemalangan selepas belajar di universiti mungkin punca ia berubah jadi begitu, jika dia “ok” sekarang sudah tentu sekurang-kurangnya dia menjadi tenaga pengajar, tuhan itu Maha Mengetahui kita tidak pernah mengetahui apa yang berlaku sesaat di hadapan supaya kita terus berusaha dan tidak leka seperti ADUN dacing!.

No comments:
Post a Comment