Friday, January 29, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Analisis kemahiran membaca dan menulis telahpun aku lakukan awal dengan menggunakan kaedah Kia2M tanpa menunggu LINUS kerana mahu mengasingkan murid-murid tahun 1 mengikut aras supaya memudahkan P&P. Hasilnya daripda 21 orang murid terdapat 4 murid yang lancar, 8 murid yang dapat menyebut suku kata dan selebihnya sangatlah huru-hara tanpa mengenal ABC.
Posted by Maswafi Abd Samat at 9:25 PM 0 comments
Monday, January 18, 2010
Posted by Maswafi Abd Samat at 9:24 PM 20 comments
Saturday, January 16, 2010
Empangan Bakun
Perjalanan ke Empangan Bakun melalui Jeram Menjawah sangat sukar kerana hujan turun dengan lebatnya semalam. Dua perahu yang boleh memuatkan 14 orang menghadapi saat-saat mencemaskan apabila melanggar balak hanyut yang tiba-tiba timbul di permukaan jeram. Setibanya di Pengkalan Bangu kami di sambut oleh pihak pengurusan dengan menaiki bas ke pejabat yang terletak kira-kira satu kilometer. Setelah taklimat selama hampir satu jam kami dibawa melawat sekitar empangan dimana ia bermula.
Empangan Bakun terletak di Sungai Murum (sekitar Batang Balui atau hulu Batang Rajang), jauhnya dari Bandar Bintulu kira-kira 185 km dan jauh dari Bandar Miri ialah kira-kira 300 km (jalan darat) serta dari Long Segaham kira-kira 50 minit menggunakan jalan air. Empangan ini adalah daripada jenis Concrete Face Rockfield Dam (CFRD) yang mempunyai ketinggian 205 merupakan kedua di dunia selepas empangan Shibiyanu China (223 meter).
Empangan ini mengumpul air dari kawasan tadahan yang besar (14,750 km persegi) iaitu sebesar negeri Kelantan yang mengambil keluasan 11% negeri Sarawak (selepas ini kawasan ini akan menjadi kawasan hutan simpan). Empangan ini cuma akan berfungsi bila ia berjaya mewujudkan sebuah tasik sebesar Singapura (695 km persegi) untuk menyalurkan air kepada 8 terowong bagi menggerakkan 8 buah turbin sebelum ia menjadi kuasa mentah untuk sampai ke transformer dan terus ke lapangan suis.
Banyak persoalan yang timbul akibat pembinaan empangan ini seperti keadaan penduduk asal di sini, tahap keselamatan, kesan kepada nelayan dan kepada ekosistem setempat. Semua penduduk yang terkena dengan kawasan tadahan sudah dipindahkan ke kawasan yang berhampiran iaitu di Sg. Asap dengan infrastruktur yang lengkap dan ada yang sudah menerima imbuhan serta ada juga kes-kes yang masih dalam mahkamah.
Dari segi tahap keselamatan dikatakan walaupun ia dilanggar oleh kapal terbang ia masih kukuh di situ dan mempunyai jangka hayat hingga seribu tahun (dengan izin Allah) rasanya perancangan ini mengikut style semasa era Tun Dr. Mahathir. Namun jika air dari takat minimum 195 meter melebihi takat maksimum 228 meter, air akan dilepaskan dan sudah pasti ia masih tidak dapat melawan kehendak Allah dalam soal banjir.
Dari segi kesan kepada kehidupan nelayan tidaklah sungai menjadi kering kerana mereka terpaksa melepaskan air mengikut piawai yang ditentukan dan sudah tentu air akan keluar daripada 8 buah turbin mengalir turun ke Batang Rajang.
Kesan kepada ekosistem sudah tentu banyak kerana walaupun mereka telah memindahkan pokok-pokok berharga ke kawasan lain dan akan memindahkan binatang apabila air bertakung secara berperingkat-peringkat (binatang akan lari ke kawasan tinggi apabila habitatnya terancam). Begitu juga pembersihan biomas secara minima dimana kawasan tebing pendaratan bot sepanjang tasik sebenarnya memusnahkan sedikit ekosistem namun itulah harga sebuah pembangunan.
-
Apapun kita harus melihat secara positif bagaimana 8 unit transformer dapat membekalkan kuasa elektrik kepada penduduk Sarawak dan akan datang ke Semenanjung (bekalan ke Semenanjung melalui Kuching-Johor masih dalam proses kerana gangguan [tuntutan] oleh Kerajaan Indonesia kononnya kabel bawah laut melalui perairannya.).
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:55 PM 2 comments
Labels: Sarawak
Thursday, January 14, 2010
-
Jika tahun lepas aku mendapat wayang free apabila nenek Joshua masuk ke kelas aku dengan berkemban sahaja tahun ini lain ceritanya pula. Stefni murid tahun 1 yang asyik menangis langsung tidak mahu berenggang dengan ibunya hingga memaksa ibunya seharian di dalam kelas sewaktu P&P dijalankan. Masalah mula bermula bila ibu Stevny (yang 10 tahun lebih muda daripada aku) menyusukan badan kepada adiknya di dalam kelas!.
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:54 PM 1 comments
Tuesday, January 12, 2010
Ketua Pengarah Pelajaran Sarawak tidak jadi singgah pada hari ini mungkin kerana kekangan masa untuk ke PPD Belaga dari Pengkalan Bangu, Bakun. Sebenarnya aku tidak mengambil pusing sangat soal ini (kedatangan VIP dan pelawat) namun aku mesti memastikan segala yang berkaitan dengan P&P berjalan seperti yang tercatat di dalam kurikulum. Ini kerana kebiasaannya pelawat mahu melihat kaedah pengajaran yang dijalankan berbanding di tempat mereka (luar Malaysia) bukan dari segi fizikal sekolah.
Hari ini aku sebagai guru kelas tahun 3 aku mendapat seorang murid (kaum Kayan) yang tidak pernah datang ke sekolah selama 2 tahun. Tanpa surat lahir sukar bagi aku untuk melakukan pendokumentasian namun dari segi P&P tetap aku berikan kerana bagi aku setiap manusia harus mendapat peluang pendidikan yang sama. Aku dikira bernasib baik kerana dapat mengetahui nombor-nombor dalam bahasa Kayan dan murid ini juga dapat berbahasa Melayu sedikit-sedikit dalam pengajaran Matematik.
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:52 PM 0 comments
Sunday, January 10, 2010
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:51 PM 0 comments
Wednesday, January 06, 2010
Hari yang agak sibuk kerana terpaksa menguruskan program Transisi secara bidan terjun untuk murid tahun 1 selama 3 minggu. Program ini sebenarnya memberi tahu perkara-perkara do & don’t di sekolah ini kepada murid-murid baru. Alhamdulillah tiada masalah dihadapi mengenai murid-murid Tahun 1 yang tidak tahu untuk melakukan nature call setakat ini. Empangan lama Sg. Musi mengalirkan air sangat perlahan hingga memaksa aku, Cikgu Hawing dan Apok melakukan penyelenggaraan seperti biasa dan seperti biasa kami akan memanggang ayam di puncak bukit. Walaupun sudah mempunyai empangan air Sg. Luyu Maui yang lebih besar dan laju airnya ia tidak dapat menandingi kejernihan air mata air Sg. Musi.
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:49 PM 1 comments