Hari pertama persekolahan sangat sibuk kerana terpaksa mengemaskan sekolah dan dalam masa yang sama berlaku pendaftaran murid-murid. Gotong-royong juga dibuat pada hari pertama persekolahan untuk memastikan persekitaran sekolah kembali sediakala kerana sudah lama ditinggalkan. Pengagihan tugas mengajar berlaku dengan lancar dan aku mendapat antara tugas paling sukar iaitu mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 (kerana ada sesetengah murid tidak dapat berbahasa Melayu) juga aku mendapat mata pelajaran baru iaitu Matematik Tahun 3 selain mengekalkan matapelajaran Muzik dan Pendidikan Jasmani. Aku dikira bernasib baik kerana tidak perlu mengajar Bahasa Inggeris kerana suudah ramai guru yang mahir dalam bidang tersebut.
No comments:
Post a Comment