Ketua Pengarah Pelajaran Sarawak tidak jadi singgah pada hari ini mungkin kerana kekangan masa untuk ke PPD Belaga dari Pengkalan Bangu, Bakun. Sebenarnya aku tidak mengambil pusing sangat soal ini (kedatangan VIP dan pelawat) namun aku mesti memastikan segala yang berkaitan dengan P&P berjalan seperti yang tercatat di dalam kurikulum. Ini kerana kebiasaannya pelawat mahu melihat kaedah pengajaran yang dijalankan berbanding di tempat mereka (luar Malaysia) bukan dari segi fizikal sekolah.
Hari ini aku sebagai guru kelas tahun 3 aku mendapat seorang murid (kaum Kayan) yang tidak pernah datang ke sekolah selama 2 tahun. Tanpa surat lahir sukar bagi aku untuk melakukan pendokumentasian namun dari segi P&P tetap aku berikan kerana bagi aku setiap manusia harus mendapat peluang pendidikan yang sama. Aku dikira bernasib baik kerana dapat mengetahui nombor-nombor dalam bahasa Kayan dan murid ini juga dapat berbahasa Melayu sedikit-sedikit dalam pengajaran Matematik.
No comments:
Post a Comment