Perancangan pulang ke Segaham dari Bintulu menggunakan jalan Belaga pada hari ini gagal kerana kehabisan minyak di semua pembekal petrol di pekan Belaga. Ini kerana jalan di Bukit Jayong mengalami kerosakan yang teruk akibat tanah runtuh hingga menyebabkan ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan berat. Kami dikira bernasib baik kerana Jarap sangggup datang mengambil kami pada esok hari dengan mencari petrol di rumah panjang. Sekali lagi kami terpaksa tidur di Hotel Ah Hock seperti kebiasaannya apabila terkandas di pekan Belaga, mujur juga pekan sekecil ini mempunyai banyak hotel murah dan selesa.
No comments:
Post a Comment