Tuesday, January 26, 2010

Aku baharu sahaja menerima “surat jemputan” dari Bahagian Kapit untuk menjalani kursus LINUS khas buat guru yang mengajar tahun 1 (ironinya aku adalah guru kelas tahun 3 yang mengajar murid tahun 1 lebih banyak daripada guru kelasnya sendiri). Kursus yang berlangsung selama 3 hari bukanlah menjadi hal kepada aku, cuma aku tidak gemar ke tempat tersebut kerana terlalu jauh jika menggunakan jalan darat (lebih kurang dua hari) disebabkan musim kering sekarang ini.
-
Analisis kemahiran membaca dan menulis telahpun aku lakukan awal dengan menggunakan kaedah Kia2M tanpa menunggu LINUS kerana mahu mengasingkan murid-murid tahun 1 mengikut aras supaya memudahkan P&P. Hasilnya daripda 21 orang murid terdapat 4 murid yang lancar, 8 murid yang dapat menyebut suku kata dan selebihnya sangatlah huru-hara tanpa mengenal ABC.

No comments: